fb fb fb fb fb

Lebih 7,000 hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang di adang SMK Seri Pelangai, Simpang Pelangai/Foto Facebook Pahang Media

BENTONG, 28 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang yang julung kali diadakan di negeri itu menerima kehadiran lebih 7,000 tetamu.

Sambutan diadakan di Padang SMK Seri Pelangai, Simpang Pelangai itu, bermula dari pikul 2.00 petang hingga 5.00 petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata semua pimpinan utama parti komponen Kerajaan Perpaduan turut hadir pada majlis itu.

"Ini adalah yang pertama kali, julung kalinya dibuat antara kerajaan perpaduan peringkat negeri Pahang dan adalah satu titik mula kita mengerakkan bagaimana kerajaan perpaduan negeri Pahang ini dapat digalaskan menjadi satu perkara yang positif," kata Amizar kepada pemberita dalam majlis itu.

Selain itu beliau yang juga Exco Hal Ehwal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana turut memeriahkan majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, ahli parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan barisan pimpinan UMNO Pahang.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu Datuk Amizar memberi jaminan UMNO Bahagian Bentong akan turun padang membantu calon Kerajaan Perpaduan di sana.

Katanya, ia bagi memastikan kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan.

TETITIA YUSOFF