fb fb fb fb fb

Lebih 600 tan metrik barangan kitar semula dikumpul di DTRC Kedah

JITRA, 21 September- Lebih 607.4 tan metrik barangan kitar semula pelbagai kategori berjaya dikumpul di enam Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di Kedah bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd, Zaki Abdul Aziz Daud berkata daripada jumlah itu, 68.7 tan metrik dikumpul di DTRC Kubang Pasu, Pekan Jitra 2.

"Jumlah kutipan yang tinggi itu adalah kesan daripada peningkatan kesedaran orang awam yang ingin menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan ke arah masyarakat berdaya huni.

"DTRC merupakan inisiatif E-Idaman Sdn Bhd bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu dengan lebih mudah dan penggunaan aplikasi idamanXchange.

"Pulangan wang tunai untuk barang dikitar semula bergantung kepada jenis barang yang dihantar. 

"Antara barangan kitar semula yang banyak dihantar ialah plastik, minyak masak, kertas campur dan kotak.    

"E-Idaman juga akan menambah DTRC di kawasan lain yang menjadi tumpuan di Kedah dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan, SWCorp dan rakan strategik.
 
"Budaya kitar semula dan pengasingan sisa di rumah merupakan salah satu langkah proaktif yang boleh membantu mengurangkan janaan sisa buangan di tempat pelupusan sampah," katanya selepas Majlis Pelancaran DTRC Kubang Pasu di sini.


(Pulangan wang tunai untuk barang dikitar semula bergantung
kepada jenis barang yang dihantar.)

Media Baharu