fb fb fb fb fb

Lebih 60% MyKiosk Negeri Sembilan diisi perniagaan kecil

Foto RTM

MANTIN, 20 Mei- Lebih 60 peratus daripada keseluruhan 414 unit MyKiosk di Negeri Sembilan telah diisi oleh perniagaan kecil.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarah untuk menempatkan peniaga di semua unit MyKiosk yang masih kosong dalam tempoh sebulan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar, kelonggaran diberikan kepada peniaga jalanan yang ingin memohon lesen dan unit MyKiosk untuk berniaga di lokasi masing-masing.

Namun, permohonan tersebut perlu mematuhi ciri-ciri keselamatan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Permohonan memang dibuka; mereka boleh memohon. Namun, jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan mengenal pasti lokasi yang sesuai dan menawarkan unit MyKiosk kepada mereka.

"Jika terdapat unit MyKiosk yang tidak laku di tempat lain, kami akan pindahkan ke lokasi tersebut. Itu sahaja, masalah selesai. Kami mengenakan sewa minimum sekitar RM100, maksimum pun RM150, tidak lebih daripada itu.

"Asalkan lokasi tersebut sesuai dan tidak membahayakan lalu lintas, kami akan berikan lesen," katanya ketika ditemui pemberita RTM di sini.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM