fb fb fb fb fb

Lebih 5 juta rakyat daftar PADU - Rafizi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Seramai 5,692,196 rakyat telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pelbagai usaha juga telah dipergiat, antaranya dengan memperluas program, promosi serta hebahan bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan.

"Oleh kerana kita sudah ada data sehingga ke peringkat geolokasi kita telah semak kawasan-kawasan ini senarai bantuan yang telah ada sebelum ini baik STR (Sumbangan Tunai Rahmah), JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kemudian dipetakan pula kepada pendaftaran PADU.

"Lokasi 4,752 di seluruh negara ini adalah kawasan-kawasan yang walaupun secara profilnya dikira berkependudukan B60 ke bawah tapi tidak ada dalam senarai terima kerajaan sekarang," kata Rafizi ketika menjawab soalan Senator, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Dewan Negara di sini.

Dalam pada itu, PADU juga menjadi usaha kerajaan sebelum beralih kepada sistem 'GovTech'. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM