fb fb fb fb fb

Lebih 400 penduduk di dua negeri masih terjejas banjir

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan menempatkan 495 penduduk terjejas banjir di Terengganu dan Pahang setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi masih direkodkan di Terengganu dengan 473 orang daripada 157 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Dungun.

Manakala di Pahang, 22 penduduk terjejas banjir daripada lima keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Rompin.

"Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya iaitu di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu.

"Antara sungai terlibat ialah Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor); Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu)," menurut NADMA.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM