Lebih 300 pegawai, anggota terlibat dalam Op Ambang Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 1 Januari – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan Op Ambang Tahun Baharu 2026 di 240 lokasi seluruh negara, bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta tahap keselamatan jalan raya sempena sambutan tahun baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bermula pukul 11.00 malam melibatkan lebih 300 pegawai dan anggota dari beberapa agensi.
  • Fokus utama pada membanteras lumba haram serta mengesan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
  • Lokasi pengoperasian termasuk Plaza Tol Jalan Duta arah pusat bandar semasa pelaksanaan operasi.
  • Nasehat agar orang ramai meraikan Tahun Baru secara berhemah dan mematuhi undang-undang lalu lintas.

Di ibu negara, Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata operasi berkenaan bermula pukul 11.00 malam tadi, melibatkan lebih 300 pegawai dan anggota, termasuk dari JSPT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa agensi berkaitan.

“Kita juga memfokuskan kepada aktiviti lumba haram, selain mengesan pemandu yang menggunakan alkohol atau dadah semasa memandu. Perbuatan ini amat berbahaya dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melaksanakan Op Ambang Tahun Baru 2026 di Plaza Tol Jln Duta Arah Pusat Bandar, di ibu negara.

Pada masa sama, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar meraikan sambutan tahun baharu secara berhemah serta mematuhi undang-undang lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.