KUALA TERENGGANU, 23 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan merekodkan 3,570 orang setakat pukul 10.00 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata jumlah itu melibatkan 951 keluarga ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah.
"Lima daerah masih terjejas iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Besut.
"Daerah Kuala Nerus menunjukkan trend menurun banjir dengan 1,593 penduduk terjejas berbanding 1,601 orang awal pagi tadi.
"Kuala Terengganu pula merekodkan 950 penduduk terjejas banjir.
"Jumlah penduduk terjejas banjir di tiga daerah lagi masih kekal iaitu Marang 732 orang, Besut (272) serta Dungun (23).
"Keadaan cuaca masih lagi hujan di beberapa tempat, namun jumlah penduduk terjejas banjir menunjukkan trend menurun," katanya menerusi kenyataan.
Artikel Berkaitan:
Banjir: 3,600 penduduk terjejas banjir di Terengganu