fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 pegawai, anggota polis di Negeri Sembilan bertugas sempena Aidilfitri

SEREMBAN, 27 April- Seramai 3,600 pegawai dan anggota polis di Negeri Sembilan ditugaskan selama 10 hari bermula Sabtu ini bagi memantau keselamatan harta benda dan premis selain mengawal kesesakan sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid.

"Kita tidak menafikan sambutan perayaan kali ini dijangka lebih meriah selepas dua tahun tidak meraikannya akibat wabak COVID-19 selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Justeru dijangkakan jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya akan meningkat sekali gus berlaku kesesakan lalu lintas. Jadi saya mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan," katanya.

(Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid)

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Op Selamat 18/2022 Sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Ruslan berharap kadar kemalangan jalan raya melibatkan kematian dapat dikurangkan selain menasihatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak yang tidak mempunyai lesen cuba menunggang motosikal milik saudara-mara di kampung.

Media Baharu