KUALA LUMPUR, 30 April-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan hasil jualan lebih RM500,000 sepanjang penganjuran program FAMA Fest Kuala Lumpur.
Ia akan diadakan di MyTOWN bermula pada 25 hingga 28 Julai ini.
Pengarah FAMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nukman Hashim berkata lebih 250,000 pengunjung dijangka hadir ke program itu.
"Setakat ini kita secara kasarnya kita lihat kawasan tersebut boleh memuatkan 100 lot.
"Yang mana kalau biasanya ada usahawan yang ambil dua, ambil tiga, jadi biasanya dalam sekitar 60, 70 usahawan boleh berniaga.
"Ia ada kluster-klusternyalah terutamanya program utama FAMA iaitu Agro MADANI.
"Insya-Allah kita akan bawa produk-produk Agro MADANI seperti beraslah, beras tempatan sebab di sekeliling itu kumpulan sasar kita adalah penghuni PPR (Program Perumahan Rakyat)," katanya pada mesyuarat FAMA Fest Kuala Lumpur di sini.