fb fb fb fb fb

Lebih 20 orang terkorban banjir, tanah runtuh Brazil

Foto AFP

CAPELA DE SANTANA, 3 Mei- Banjir dan tanah runtuh di Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terkorban, setakat ini.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva ketika melawat selatan negara itu berkata jumlah korban akibat hujan lebat itu dijangka meningkat.

Tambahnya, Rio Grande do Sul telah diisytiharkan darurat.

"Pasukan penyelamat terus mencari mangsa hilang.

"Ribut telah menjejaskan hampir 150 kawasan di negeri itu.

"Ia turut mencederakan sekurang-kurangnya puluhan orang dan hampir 10,000 lagi kehilangan tempat tinggal," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, pihak berkuasa telah mengerahkan lebih 600 askar untuk membantu mangsa yang terjejas.

Pihak berkuasa turut menyediakan 12 pesawat, 45 kenderaan dan 12 bot bagi tujuan penyelamatan.

Sementara itu, Gabenor Eduardo Leite menerusi siaran langsung berkata Rio Grande do Sul sedang berhadapan dengan bencana paling buruk dalam sejarah.

"Jumlah kematian telah meningkat daripada 13 ke 29 orang. Mangsa hilang pula meningkat daripada 21 kepada 60 orang," katanya.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM