fb fb fb fb fb

Lebih 20,000 pengunjung disasar hadir Pameran Anak-anak Sidek

Exco Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah

SHAH ALAM, 15 Januari- Lebih 20,000 pengunjung disasar hadir Pameran Anak-anak Sidek sepanjang enam bulan acara berlangsung sehingga 30 April depan.

Exco Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata pameran secara percuma bermula sejak November hingga April depan dihadiri lebih 5,000 pengunjung setakat ini dan dijangka meningkat pada musim cuti persekolahan.

"Saya yakin dengan adanya cuti umum atau cuti sekolah mereka akan dapat hadir beramai-ramai, terutamanya saya seru kepada semua bukan sahaja warga negeri Selangor tetapi juga seluruh Malaysia  atau pun daripada pelancong-pelancong asing dan antaranya juga kita juga akan promosikan lagi melalui media massa, promosi akhbar-akhbar dan juga media sosial.

"Jadi saya harap dengan promosi-promosi khususnya pada hari ini akan memberi pendedahan kepada umum bahawa adanya pameran Anak-Anak Sidek di Muzium Sultan Alam Shah.

"Saya minta kerjasama dengan exco-exco khususnya di bawah Exco Pendidikan dan sebagainya, kebetulan Exco Pendidikan di bawah Menteri Besar dan kita minta galakan dan saya juga antaranya kawasan saya, saya akan beri mereka dua bas penajaan untuk pelajar-pelajar sekolah yang terpilih untuk datang melawat pameran ini", katanya kepada media di sini.

Pameran Anak-anak Sidek yang berlangsung di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam menceritakan kisah kejayaan keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar yang berjaya membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.

Antara koleksi dipamerkan adalah pingat kejuaraan kejohanan dunia World Cup Badminton, Men Doubles Winne, All England, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea dan cenderamata dihadiahkan kepada mereka lima beradik.

ROSLINA BINTI DIN