fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air, lebih 20,000 pengguna di Labuan terjejas

Foto Hiasan / BERNAMA

LABUAN, 18 Disember- Lebih 20,000 akaun pengguna Bahagian Bekalan Air (BBA) Labuan mengalami gangguan bekalan air hari ini.

Ini melibatkan hampir keseluruhan kawasan Labuan kecuali District Metered Area (DMA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sekolah Menengah Sains Labuan, Kampung Sungai Miri/Sungai Pagar, Kampung Sungai Lada, dan kawasan berhampiran.

Menurut BBA Labuan, gangguan tersebut berpunca daripada penutupan berjadual pembekalan air terawat fasa satu dan fasa dua di Loji Rawatan Air Lawa Gadong, Beaufort, Sabah.

"Selain itu, kerja-kerja penggantian paip pam fasa dua di Pulau Enoe juga sedang dilaksanakan bagi menggantikan paip usang dengan paip baharu.

"BBA Labuan telah menempatkan 64 unit tangki statik di kawasan-kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja pembaikan selesai," menurut kenyataan itu.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM