fb fb fb fb fb

Lebih 2,000 doktor akan diserap ke jawatan tetap - Zaliha

(Foto Hiasan)

IPOH, 21 Oktober- Seramai 2,083 lagi doktor kontrak akan diserapkan ke jawatan tetap dan kumpulan ini dijangka melapor diri pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan menerusi Belanjawan 2023 telah memperuntukkan 12,800 jawatan itu untuk tiga tahun berturut-turut.

Jelasnya, sebahagian penempatan terbabit telah dilaksanakan dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

"Akhir bulan 7 hari itu, kita selesai. Dan Insya-Allah dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kita akan uruskan pelantikan tetap untuk 2,083 lagi tambahan pegawai perubatan kontrak ke tetap.

"Insya-Allah kita jangka untuk mereka melapor diri di fasiliti kita pada akhir Disember ini," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas mengenai perjawatan tetap kakitangan kesihatan yang lain, jelasnya terdapat 31,459 kekosongan dan ia telah ditampung dengan pelantikan daripada kalangan pegawai kontrak hampir 27 peratus.

(Foto Hiasan)

Media Baharu