KUALA LUMPUR, 16 Februari - Seramai 164,077 kanak-kanak dijangka mendaftar di TABIKA KEMAS esok.
Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, jumlah keseluruhan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun yang mengikuti persekolahan di TABIKA KEMAS ialah berjumlah 202,974 orang.
TASKA KEMAS pula seramai 10,959 kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun akan mula mengikuti asuhan mereka bawah program TASKA KEMAS.
"Bagi tahun ini seramai 38,897 kanak-kanak telah mendaftar di TABIKA KEMAS bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
"Kepada Allah dipohonkan agar urusan cikgu-cikgu KEMAS bagi sesi persekolahan tahun ini dipermudahkan dan anak-anak kami di TABIKA KEMAS seluruh negara dapat mengikuti sesi persekolahan dalam suasana yang menyeronokkan," kata Mohd Hanafiah menerusi satu hantaran di Facebook.