TAIPING, 13 Disember- Lebih 150 nelayan di Matang, Perak menerima manfaat bantuan enjin sangkut daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Bantuan itu diharap dapat meningkatkan pendapatan nelayan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan tersebut.
"Kerana harapan mereka sangat tinggi untuk dapatkan enjin sangkut dan masih ada lagi yang mohon tak dapat lagi.
"Jadi saya akan panjangkan juga kepada menteri dan saya akan bercakap juga di parlimen untuk menteri menyediakan peruntukan kepada semua nelayan," kata Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Sementara itu, nelayan yang ditemui menyatakan penghargaan atas bantuan LKIM.
"Selama ini saya berdayung, minta bantuan orang kata tidak dapat, sejak dapat Datuk ini alhamdulilah saya pun rasa bersyukur rahmat untuk pendapatan saya tinggi sedikit dan lebih sikit," luah nelayan, Ahmad Ibrahim
"Saya nak tangkap banyak lagi kalau boleh. Saya hendak pergi jauh sikit bagi anak sekolah," kata seorang lagi nelayan, Abu Bakar Ishak.
"Gembiralah bersyukur banyak-banyak pasal dengan bantuan ni dapat juga meringankan beban. Selama inilah saya pakai enjin lama pun dah banyak masalah dengan bantuan ni bersyukur sangat," kata nelayan, Zairoll Azhar Murad.
(Datuk Syed Abu Hussin Hafiz berkata lebih 150 nelayan terima bantuan enjin sangkut)