PUTRAJAYA, 30 Januari- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelesaikan 11,361 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) tahun lalu.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, jumlah tersebut melibatkan jumlah penyelesaian tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata (TPS).
"Daripada jumlah itu, 1,331 kes melibatkan tuntutan pemberi rumah manakala 10,030 kes melibatkan tuntutan pengurusan strata.
"Kadar kejayaan kita hampir 100 peratus iaitu 99.87 peratus.
"Rekod pendaftaran kes bagi kedua-dua tribunal yang paling tinggi juga dicatatkan pada 2023 iaitu 11,263 kes didaftarkan berbanding 9,617 kes pada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita semasa Majlis Sidang Media Pencapaian TPPS di sini.
Katanya, fokus utama TPPS untuk menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara berintegriti, kos efektif serta dalam tempoh yang singkat.