fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 tetamu hadiri rumah terbuka MB Kedah

ALOR SETAR, 7 Mei- Lebih 10,000 tetamu memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Jamuan bermula pada pukul 11 pagi sehingga 3 petang.

Majlis yang dihoskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh diserikan dengan kehadiran barisan exco kerajaan dan pegawai tinggi kerajaan negeri.


( Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melayani tetamu yang hadir /FB Urus Setia Penerangan Darul Aman -UPDA)

"Insya-Allah majlis-majlis seumpama ini akan dianjurkan pada masa hadapan dan inilah benchmark (penanda aras) yang kita usahakan supaya dapat bergembira disamping menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan," ujar beliau.

Sebanyak 22 buah gerai menyediakan pelbagai juadah yang menarik dan sajian utama adalah nasi gulai daging rias pisang yang disediakan secara bergotong royong oleh penduduk kampung.

"Terima kasih kepada orang kampung saya (Sik) yang datang masak gulai daging rias pisang dari pukui 11 malam sampai Subuh tadi," kata Sanusi.

Menteri Besar turut berkesempatan memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang keseluruhannya berjumlah RM50,000.


(Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberikan duit raya kepada kanak-kanak/ FB Urus Setia Penerangan Darul Aman -UPDA)

Majlis turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal yang terdiri daripada anak kelahiran Kedah antaranya Lan Petpet, Amir Ringgo, Ashed DefgebC dan dua kumpulan buskers.

 

Media Baharu