fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 rakyat Pahang meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri MB di Chini

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Chini, Pekan

KUANTAN, 1 April - Lebih 10,000 rakyat Pahang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Chini, Pekan.

Turut berkenan berangkat ialah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menurut Wan Rosdy, pengajuran Rumah Terbuka Aidilfitri tahun ini merupakan julung kali diadakan diluar daerah Kuantan.

Katanya, majlis  yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu menjadi medium mendekatkan diri dengan rakyat daripada pelbagai bangsa. 

"Kita dapat berjumpa antara satu sama lain dan pada masa sama kita boleh bersalaman kita boleh berborak-borak, kita boleh berbincang. Kalau tidak kita buat hal masing-masinglah dalam Facebook dalam Whatsapp, tetapi ini secara bersemuka berjumpa sambil makan dan sebagainya, dan ini juga amalan kita di Pahang ziarah menziarahi antara satu sama lain," kata Wan Rosdy.

Beliau ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang di Dewan Datuk Shahbandar, Chini, Pekan.

Pada majlis itu, beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. Selain, menyampaikan duit raya kepada 175 anak yatim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Chini.

TETITIA YUSOFF