fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 peserta sertai larian Girls Guide 2024

Pelbagai aktiviti turut diadakan pada acara itu termasuk, aktiviti tarian zumba dan cabutan tiket bertuah.

KUCHING, 3 Mac- Lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian Girls Guide 2024 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak bertempat di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi tadi.

Upacara pelancaran itu disempurnakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi selaku penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak.

Objektif utama penganjuran larian yang meliputi kategori tiga kilometer dan lima kilometer itu diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti persatuan itu antaranya latihan, perkhemahan serta membaik pulih bangunan persatuan.

Pelbagai aktiviti turut diadakan pada acara itu termasuk, aktiviti tarian zumba dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama pada acara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud merangkap Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM