ALOR SETAR, 16 November- Lebih 1,000 penduduk hadir ke Program Santuni MADANI Kg Hilir, Kepala Batas ,Alor Setar.
Ia merupakan kampung kelahiran Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Program Berlangsung di SK Bukit Tinggi, Alor Setar.
Program bertujuan meningkatakan kecaknaan pemimpin dengan menyantuni dan menjadi suri teladan kepada penduduk kampung , selain mengenal pasti isu-isu yang dihadapi serta usaha meningkatkan potensi masyarakat setempat melalui sesi libat urus.
Pada majlis itu, Datuk Mohamad Fauzi turut menyampaikan sumbangan zakat daripada Telekom Malaysia TM dan dan keperluan asas daripada Pasaraya Econsave kepada lebih 20 penerima asnaf termasuk penduduk kampung dan pelajar sekolah.
Sebuah televisyen turut disumbangkan kepada SK Bukit Tinggi bagi kegunaan pembelajaran.
Jabatan Penerangan Malaysia JAPEN juga menghasilkan lukisan mural untuk menambah keceriaan sekolah.
Bagi memastikan perkhidmatan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat setempat.
Sementara itu, lebih 20 agensi kerajaan dan swasta di Kedah terlibat menjayakan program ini.
Antaranya, Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Polis DiRaja Malaysia PDRM, jabatan pengangkutan Jalan JPJ, dan Perpustakaan negeri Kedah.
Selain itu, pameran daripada agensi seperti Pusat Sains Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK, Jabatan Pertahanan Awam, JPAM,serta agensi dibawah kementerian Komunikasi.
Turut diadakan Jualan RAHMAH anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN .
Lebih menarik, Datuk Mohamad Fauzi turut menjadi tetamu khas di Dj Corner yang disediakan Jabatan Penyiaran negeri Kedah, RTM Kedah.
Pelbagai aktiviti menarik seperti sukan rakyat, pertandingan mewarnakanak-kanakserta demonstrasi haiwan dan jentera diadakan untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti pelbagai peringkat usia.