fb fb fb fb fb

Lawatan Shigeru Ishiba pamer persahabatan Malaysia-Jepun

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Lawatan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba ke Malaysia menggambarkan keutuhan persahabatan kukuh yang menjadi kepentingan bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia satu penghormatan terbesar kerajaan Jepun yang memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk lawatan rasmi dan mesyuarat dua hala.

"...dan tadi, baru selesai dengan Perdana Menteri Jepun, mana negara membangun dan berkembang yang dapat faedah peluang dan tumpuan seperti ini.

"Kehadiran Shigeru Ishiba merupakan lawatan pertama bilateral sejak beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk dilawati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia kali ke 73 di Kuala Lumpur.

Shigeru Ishiba dan isteri Yoshiko Ishiba berlepas pulang ke Jepun setelah menamatkan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia.

Jepun merupakan pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia. Selain itu Jeoun juga merupakan rakan perdagangan keempat terbesar, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 billion bersamaan (AS$34.41 billion) pada 2023.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI