fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi PM ke Pakistan, perkukuh kerjasama dua hala

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Pakistan/ BERNAMA

ISLAMABAD, 3 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Pakistan Shehbaz Sharif dijadual mengadakan rundingan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Ia juga bagi mengeratkan persahabatan yang terjalin kira-kira 67 tahun.

Pelbagai sektor akan dibincangkan termasuk perdagangan, kesalinghubungan, tenaga, pertanian, industri halal, pelancongan, pertukaran budaya dan hubungan antara rakyat yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang menyambut ketibaan Anwar di Pangkalan Udara Nur Khan Tentera Udara Pakistan di Rawalpindi kira-kira 8.10 malam tadi waktu tempatan.

Pertemuan dengan Shehbaz dijangka berlangsung kira-kira 15 minit, sebelum kedua-dua pemimpin dan delegasi mereka mengadakan mesyuarat dua hala.

Antara yang dijangka menyertai mesyuarat dua hala itu ialah Menteri Luar Datuk Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI