fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi Ahmad Zahid ke Beijing, kunjungan hormat ke atas PM China

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Li Qiang

BEIJING, 29 Mei- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasminya di Beijing.

Beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing.

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad turut mengiringi kunjungan itu.

Delegasi Malaysia mengadakan lawatan rasmi ke China selama 11 hari bermula 22 Mei lalu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang.

Ahmad Zahid juga dijangka mengadakan perbincangan dengan Xuexiang serta Penasihat Negara serta Menteri Keselamatan Awam, Wang Xiaohong.

Ini merupakan pertukaran lawatan pemimpin tertinggi kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Dalam pada itu beliau juga mahu hubungan diplomatik Malaysia-China tidak boleh diganggu gugat oleh pengaruh luar selain memastikan hubungan akrab antara rakyat dan pentadbiran kedua-dua negara sentiasa terjamin.

Beliau menyatakan perkara itu ketika kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri China, Li Qiang di sini.

Sementara itu, Li Qiang turut gembira atas hubungan erat Beijing-Kuala Lumpur yang kini merupakan rakan kongsi strategik komprehensif yang berusaha ke arah pembangunan dan pertumbuhan bersama.

Kedua-dua negara katanya mencapai hasil yang hebat dalam banyak kerjasama, sekali gus memberi manfaat berharga kepada rakyat Malaysia-China.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI