fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke UAE perkukuh kerjasama kedua-dua negara

DUBAI, 29 Mac - Hubungan dua hala serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) diperkukuhkan lagi menerusi lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE bermula hari ini hingga 31 Mac.

Lawatan ke UAE juga beri jenama yang lebih baik kepada Malaysia, selain penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai menjadi platform terbaik merancakkan semula ekonomi negara yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan sebagai hala tuju utama.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail ke UAE selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos tahun lepas.

Lawatan rasmi ke UAE kali ini diharap dapat mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang terjalin antara kedua negara dalam menangani pandemik COVID-19 serta usaha pemulihan pasca pandemik.

Sekali gus meningkatkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua negara terutama diperingkat pemimpin tertinggi.

Duta Besar Malaysia Ke UAE, Datuk Tarid Sufian berkata walaupun pandemik COVID-19 berlaku, perdagangan dua hala Malaysia-UAE berjaya mencatat pertumbuhan yang positif.

(Tarid pada sidang media sempena lawatan Perdana Menteri di Dubai, UAE)

Semasa di Dubai, Perdana Menteri akan melawat Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai untuk bertemu dengan komuniti perniagaan.

Disamping menyaksikan Memorandum Persefahaman melibatkan syarikat Malaysia dengan syarikat asing.

Jelas beliau, Ekspo 2020 Dubai telah menarik lebih 192 negara yang mengambil bahagian.

Dengan tumpuan pavilion Malaysia adalah bagi mencapai karbon bersih sifar sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan termasuk tenaga pembaharuan.

Ia juga memberikan Malaysia platform terbaik dalam mempamerkan teknologi inovatif dan penyelesaian holistik Malaysia kepada dunia.

Dalam pada itu, Malaysia dan UAE juga dilihat boleh bekerjasama dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi berikutan kedua-dua negara mahu menjadi hab pendidikan.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Keluarga Malaysia melibatkan 6,000 orang yang bekerja sebagai profesional di UAE untuk berkongsi idea dan aspirasi negara rakyat Malaysia.


Media Baharu