fb fb fb fb fb

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMA

ISLAMABAD, 1 Oktober- Lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan bermula esok dijangka membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang terjalin sejak Malaysia mencapai mencapai kemerdekaan pada 1957.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Mohammad Azhar Mazlan berkata, Kerajaan Pakistan menaruh harapan tinggi terhadap kunjungan Datuk Seri Anwar ke Islamabad.

Ini khususnya dalam memacu hubungan diplomatik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi merangkumi pelbagai bidang berkepentingan bersama.

"Kerajaan Pakistan juga telah menaik taraf lawatan Perdana Menteri ini daripada lawatan rasmi kepada lawatan negara.

"Hubungan antara Malaysia dan Pakistan ditakrifkan sebagai hubungan persaudaraan akrab antara dua negara Islam berlandaskan kepada prinsip saling menghormati antara satu sama lain serta hubungan antara rakyat yang rapat," katanya.

Datuk Mohammad Azhar berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar di bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, hari ini.

 

ROSLINA BINTI DIN