fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Australia, Jerman, jana potensi jualan eksport produk tempatan RM2.36 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Hasil lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Australia dan Jerman bukan sahaja membawa potensi pelaburan bernilai RM69.9 bilion, malah turut menjana potensi jualan eksport produk tempatan berjumlah RM2.36 bilion.

Menerusi lawatan ke Australia sebanyak RM24.5 bilion potensi pelaburan berjaya dimuktamadkan menerusi beberapa syarikat antarabangsa seperti AirTrunk, NextDC, LaTrobe Magnesium, Kumpulan Arnott’s dan Cochlear Ltd.

Manakala, sejumlah RM962.1 juta potensi jualan eksport produk Malaysia bagi barangan kayu, baja, makanan dan minuman serta komponen elektrik berjaya dicapai.

Hasil lawatan rasmi ke Jerman pula secara keseluruhannya menjana potensi pelaburan berjumlah RM45.5 bilion dan RM1.4 bilion potensi jualan eksport produk Malaysia.

"Mengenai Jerman RM45.4 bilion, industri tenaga, pembuatan semikonduktor dan seperti kita tahu semikonduktor Malaysia sudah jadi hab yang penting di rantau ini dan diterima oleh kebanyakan negara termasuk Jerman sendiri. Daripada jumlah itu, yang besar ialah Siemens Energy, Infineon Technologies, Airbus, B-Braun, BMW, X-FAB, Nexperia dan Delo Chemical.

"Dan potensi pembelian tambahan dalam konteks kejayaan kita jual ialah RM1.4 bilion daripada syarikat Airbus", katanya pada sesi soal jawab di Parlimen.

Penyataan tersebut bagi menjawab soalan Ahli Parlimen, Kubang Pasu, Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman.

ROSLINA BINTI DIN