(Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD),
Datuk Mohamad Fauzi Md Isa)
ANGKASAPURI, 12 Jun- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa membuat lawatan pertama ke RTM selepas dilantik sebagai KSU.
Beliau tiba di Angkasapuri Kota Media pada pukul 9.00 pagi dan disambut pengurusan tertinggi Jabatan Penyiaran sebelum menandatangani buku lawatan rasmi.
Mohamad Fauzi kemudiannya menghadiri sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Perdana Wisma Berita bersama Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman dan pihak pengurusan tertinggi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sejurus selepas pertemuan tertutup tersebut, beliau mengambil kesempatan melawat Wisma Berita dan "mencuba bakat" sebagai penyampai berita.
Beliau juga melawat Wisma Radio dan Pusat Siaran Antarabangsa (IBC) untuk melihat sendiri cara pengoperasian penyiaran.
Pelantikan Mohamad Fauzi sebagai KSU KKD berkuat kuasa mulai 3 Mei lalu.
(Mohamad Fauzi kemudiannya menghadiri sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Perdana
Wisma Berita bersama Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman
dan pihak pengurusan tertinggi RTM)