Lawatan Aidilfitri penghuni penjara bermula raya keempat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Mac– Jabatan Penjara Malaysia mengumumkan kebenaran lawatan dan perjumpaan keluarga bagi penghuni penjara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan dijalankan pada Hari Raya Keempat dan Kelima melibatkan semua institusi penjara termasuk Pusat Pemulihan dan Sekolah Henry Gurney.
  • Waktu lawatan 8.15 pagi hingga 4.15 petang; keutamaan diberikan kepada penghuni beragama Islam.
  • Pelawat mesti membawa Kad Pengenalan dan Kad Lawatan; tidak dibenarkan bawa makanan, minuman atau wang tunai.
  • Perjumpaan atas talian disediakan 26 hingga 28 Mac 2026 untuk keluarga yang tidak dapat hadir; hubungi institusi penjara.

Menerusi satu kenyataan, sesi perjumpaan secara bersemuka itu ditetapkan pada Hari Raya Keempat dan Hari Raya Kelima, melibatkan semua institusi penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas, dan Sekolah Henry Gurney.

Waktu lawatan dijadualkan bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang, dengan keutamaan diberikan kepada penghuni beragama Islam.

“Pelawat diminta membawa Kad Pengenalan serta Kad Lawatan bagi memudahkan urusan.”

“Pelawat juga tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara serta keutamaan lawatan diberikan kepada penghuni beragama Islam sahaja,” kata kenyataan itu.

Pihak jabatan turut menasihatkan pelawat agar tidak memberikan wang tunai kepada penghuni.

Sekiranya terdapat keperluan khusus seperti bayaran yuran peperiksaan, pelawat mestilah mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai bukti akuan penerimaan.

Sementara itu, bagi memberi peluang kepada keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal, sesi perjumpaan secara atas talian akan dilaksanakan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac 2026.

Orang ramai yang memerlukan keterangan lanjut boleh menghubungi institusi penjara berkaitan untuk sebarang pertanyaan.