Latihan berasaskan sains perkukuh keupayaan anggota bomba

Simulasi anggota bomba pada Majlis Tamat Latihan Diploma Pasca Siswazah Sains Kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu hari ini

KUALA KUBU BHARU, 6 Mac- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkukuh latihan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berasaskan sains dan teknologi bagi meningkatkan keupayaan dari aspek teknikal serta penggunaan teknologi dalam operasi menyelamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan menekankan kemahiran berasaskan sains dan teknologi supaya anggota dapat membuat keputusan terbaik dalam situasi kritikal.
  • Program diploma kebombaan JBPM diterapkan untuk memperkasa profesionalisme dan kemahiran teknikal pasukan.
  • Kementerian akan terus memberi perhatian kepada kebajikan dan keperluan anggota bagi memastikan prestasi tinggi dan dihormati masyarakat.

Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata pendekatan latihan itu diterapkan melalui program diploma kebombaan yang dijalankan oleh JBPM bagi memperkasa profesionalisme pasukan.

“Latihan ini bukan sekadar memadam kebakaran, tetapi menekankan kemahiran berasaskan sains dan teknologi supaya anggota mampu membuat keputusan terbaik ketika menghadapi situasi kritikal,” katanya.

Tambah Datuk Aiman, kementeriannya akan terus memberi perhatian terhadap aspek kebajikan serta keperluan anggota bomba bagi memastikan pasukan berkenaan kekal berprestasi tinggi dan dihormati masyarakat.

Beliau ditemui media pada Majlis Tamat Latihan Diploma Pasca Siswazah Sains Kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad.