fb fb fb fb fb

Larian amal PITSA tarik 450 penyertaan

Datuk Seri Fatimah Abdullah turut menyertai acara senaman sebelum melepaskan peserta larian

KUCHING, 1 September- Seramai 450 peserta menyertai larian amal anjuran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA), pagi tadi.

Ia melibatkan 60 peserta larian 10 kilometer dan 390 peserta lagi bagi acara tiga kilometer.

Larian amal bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos-kos kerja pembersihan dan menembok tanah di Lot 8909 Blok 14, Salak Land.

Ia juga bertujuan menambah dana tabung PITSA serta menampung kos penganjuran pelbagai aktiviti PITSA sepanjang tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah melakukan ‘flag off’ peserta pada pukul 6.30 pagi tadi di Padang Merdeka, Kuching.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE