fb fb fb fb fb

Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa - DOF

Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna

SEREMBAN, 23 April - Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan dari perairan Port Dickson, di sini masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.

Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata ia berikutan sampel ketiga kupang dan air dari perairan berkenaan yang dianalisis di makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) didapati masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan.

“Sampel keempat kupang dan air diambil sekali lagi di perairan Port Dickson dan telah dihantar ke makmal PBPKL semalam dan dijangka keputusan analisis makmal akan diketahui pada 26 April nanti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal PBPKL mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta spesis alga berbahaya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN