fb fb fb fb fb

Larangan kenderaan berat, kurangkan risiko kemalangan

Foto Hiasan

SUNGAI BULOH, 8 Februari- Rata-rata pengguna lebuh raya menyambut baik inisiatif Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melaksanakan perluasan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak.

Pelaksanaan larangan itu merupakan satu langkah progresif ke arah meningkatkan tahap keselamatan dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Jika berlakunya kemalangan (kenderaan berat), cara pembersihan, cara untuk membersihkan kemalangan itu agak rumit kerana ia melibatkan jentera-jentera lain. Ia memberi kesan kepada pengguna lebuh raya lain disebabkan kesesakan itu.  Inisiatif itu adalah satu perkara yang bagus," kata pengguna lebuh raya, Muhammad Firdaus Mohd Fuzi.

"Saya menyokong tindakan diambil ini. Tindakan tersebut dapat mengurangkan kemalangan di lebuh raya," kata pengguna lebuh raya, Mohd Hasrul Hamdan.

"Tindakan itu bagus dan lebih baik sekiranya pihak polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dapat melakukan pemantauan lebih ketat untuk memastikan inisiatif  itu berjalan lancar ketika waktu puncak," kata pengguna lebuh raya, Nur Ainna Amira Malek.

"Harapan saya sebagai pengguna jalan raya, kadar kemalangan dapat dikurangkan dan perjalanan kita sebagai pengguna jalan raya dapat berjalan dengan lebih lancar lagi," kata pengguna lebuh raya, Nur Adriana Amira Mohd Ridzuan.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM