Larangan akaun media sosial bawah 16 tahun dijangka berkuatkuasa Julai ini

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama, Kulai Johor/ Foto RTM

JOHOR BAHRU, 26 Januari – Pelaksanaan larangan penggunaan akaun media sosial bagi individu bawah 16 tahun dijangka dikuatkuasa seawal Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larangan akaun media sosial untuk individu bawah 16 tahun dijangka dikuatkuasa seawal Julai ini.
  • Langkah bertujuan lindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dan kandungan tidak wajar di platform digital.
  • Kerajaan guna fasa regulatory sandbox dan sasar eKYC platform menjelang suku kedua 2026 untuk penguatkuasaan umur minimum.

Langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman ekspoloitasi serta pendedahan kepada kandungan tidak wajar di platform digital.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pelaksanaan itu kini berada dalam fasa regulatory sandbox bagi membolehkan kerajaan menguji kaedah terbaik sebelum penguatkuasaan penuh.

“Di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), kami telah memulakan perbincangan dengan penyedia platform. Sekarang ini, kita berada dalam fasa regulatory sandbox untuk mencari cara paling baik, berkesan dan selamat bagi melaksanakan pengesahan umur,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Utama di sini, hari ini.

Kerajaan turut menyasarkan setiap platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) menjelang akhir suku kedua 2026, bagi menguatkuasakan had umur minimum 16 tahun untuk pembukaan akaun.

Mengulas mengenai program hari ini, Teo berkata Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini yang memberi manfaat kepada kira-kira 5.2 juta murid di seluruh negara.

Di Johor, seramai 586,153 murid menerima bantuan dengan jumlah peruntukan RM87.9 juta.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan