fb fb fb fb fb

Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia AS, Malaysia naik ke Tahap Dua

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik kedudukan Malaysia yang dinaik taraf ke Tahap 2 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) berkaitan Pemerdagangan Orang 2024.

KDN menerusi kenyataan menyambut baik peningkatan positif Malaysia yang diumumkan di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

"Peningkatan ini amat strategik dan signifikan kerana negara sebelum ini dinilai pada Tahap 2 Pemerhatian pada 2023 manakal kali terakhir berada di Tahap 2 adalah pada 2017 lalu," kata kenyataan itu.

Selain itu, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha pelbagai pihak berkepentingan yang turut memberi sumbangan bermakna dan berterusan dalam menjayakan agenda membanteras pemerdagangan orang di Malaysia.

Antara pencapaian signifikan yang direkodkan adalah peningkatan bilangan penyiasatan, sabitan kes dengan hukuman yang signifikan, program kesedaran dan pendakwaan terhadap penjawat awam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM