fb fb fb fb fb

Laporan siasatan kebakaran kediaman Koo Ham diketahui minggu ini

FOTO RTM

IPOH, 15 Januari - Keputusan laporan kes siasatan kebakaran melibatkan kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar pada 10 Januari lalu, dijangka dapat diketahui minggu ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, laporan tersebut membabitkan keputusan analisis dua bahan bukti utama iaitu molotov cocktail yang diambil di lokasi kejadian.

Jelas beliau, hasil siasatan itu akan menentukan sama ada kebakaran berkenaan mengandungi bahan bakar seperti petrol dan minyak tanah atau unsur lain.

Jelas Sayani, hasil siasatan itu akan menentukan sama ada kebakaran berkenaan mengandungi bahan bakar seperti petrol dan minyak tanah atau unsur lain.

"Sekiranya daripada keputusan yang kita kita perolehi daripada makmal itu menyatakan bahawa adanya unsur khianat di lokasi kejadian kita akan menulis dan memaklumkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut.

Di pihak kita di peringkat itu tapi kalau ada tindakan-tindakan bagi siasatan lanjutan akan dibuat oleh pihak polis", kata Sayani kepada pemberita pada Majlis Amanat Pengarah Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya, di sini.

Tambah Sayani lagi, sebanyak 11 sampel telah diambil di lokasi kebakaran dan proses forensik turut dijalankan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 bagi membantu siasatan.

Pada Rabu lalu, kebakaran yang dipercayai berlaku sekitar pukul 3 pagi itu melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

Namun, Ahli Parlimen Beruas itu dan ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat berikutan penemuan bahan letupan dipercayai molotov cocktail.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD