fb fb fb fb fb

Laporan Reuters, Malaysia disenarai AS sebagai penaja negara keganasan tidak benar

Hantaran Reuters di laman X, hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Agensi berita Reuters hari ini menafikan pihaknya ada melaporkan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan.

Menerusi satu hantaran di laman X, Reuters memberitahu pihaknya tidak melaporkan berita berkenaan.

"Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.

"Reuters tidak melaporkan perkara ini,"menurut agensi berita itu di X.

Sementara itu, Pejabat Kedutaan AS di Kuala Lumpur memberitahu, Amerika Syarikat tidak mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas syarikat Malaysia mahupun menyenaraikan Malaysia sebagai penaja negara keganasan.

"Penipuan yang tersebar di WhatsApp dan media sosial lain adalah berita palsu,"jelas Pejabat Kedutaan AS di X.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE