fb fb fb fb fb

Laporan Pasaran Harta 2023, tunjukkan trend pemulihan pasaran hartanah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Laporan Pasaran Harta 2023 dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mencerminkan momentum pemulihan pasaran hartanah tahun lalu.

Antara yang menjadi tumpuan, jumlah hartanah tidak terjual yang menurun khususnya bagi segmen kediaman dan pangsapuri perkhidmatan.

Jumlah hartanah tidak terjual turun 9.8 peratus tahun ke tahun kepada 46,641 unit, dengan nilai RM34.3 bilion, menurun 11.1 peratus.

Jumlah terendah pernah direkodkan bagi hartanah tidak terjual adalah sebanyak 47,806 unit, dicatat pada 2019.

Johor mencatat penurunan signifikan jumlah hartanah tidak terjual bagi kategori pangsapuri perkhidmatan iaitu penurunan 17.1 peratus dari segi jumlah unit dan penurunan 20.6 peratus dari segi nilai.

Masing-masing menurun kepada 14,132 unit dan nilai RM9.7 bilion.

Data hartanah tidak terjual pada fasa pembinaan juga mencatat penurunan tahun lalu kepada 79,988 unit berbanding 120,486 unit dicatat pada 2021.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM