fb fb fb fb fb

Lapor kepada KPM jika wang BAP dipotong

Fadhlina Sidek ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua

KAJANG, 2 Februari- Lebih RM127 juta Bantuan Awal Persekolahan, BAP diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Selangor untuk disalurkan ke 933 buah sekolah di negeri itu.

Cek cura yang diserahkan Kementerian Pendidikan itu akan memanfaatkan seramai 848,744 murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sekali lagi menegaskan agar BAP diserahkan pada kadar RM150 setiap murid tanpa ada sebarang pemotongan di peringkat sekolah.

Ini bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

"BAP tidak boleh dipotong, ianya perlu sampai ke tangan ibu bapa pelajar, jumlah yang diberika Kerajaan Madani ini kami yakin dapat meringankan beban ibu bapa.

"Ia mesti jumlah penuh (RM150), kalau ada aduan kita akan siasat dan jumlah itu akan dikembalikan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua.

Turut diserahkan, cek bernilai RM23,75,100 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE