fb fb fb fb fb

Lapan cedera bas Pasukan Simpanan Persekutuan hilang kawalan

Bas dinaiki 16 anggota itu cuba mengelak daripada merempuh lori yang mengubah haluan secara tiba-tiba

SEREMBAN, 5 Disember - Lapan individu cedera ringan selepas bas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabas ketika dalam perjalanan dari Cheras ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim memaklumkan bas dinaiki 16 anggota itu cuba mengelak daripada merempuh lori yang mengubah haluan secara tiba-tiba.

"Situasi itu mengakibatkan bas FRU hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi plaza tol.Kesemua yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Abdul Malik, lapan lagi penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa kecermatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN