fb fb fb fb fb

Langkawi sedia terima delegasi ASEAN 2025

Foto hiasan

LANGKAWI, 14 Januari- Langkawi bersedia untuk menerima delegasi ASEAN 2025 ke kepulauan itu yang menjadi salah satu lokasi bagi mesyuarat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, agensi itu selaku penyelaras bagi pihak Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) berperanan untuk memastikan dan menyediakan segala keperluan semasa program, permukiman dan mesyuarat bersama semua agensi terlibat.

"LADA diberi tanggungjawab untuk menyelaras persiapan logistk, keceriaan dan keindahan pulau Langkawi, promosi, cenderamata

"Di Langkawi kita memastikan keseluruhan pemain industri, agensi terlibat termasuk komuniti setempat bagi menjayakan mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks LADA, di sini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa terdapat tiga acara penting sempena Mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi, iaitu Mesyuarat Trek kewangan yang bermula hari ini dan esok.

Mesyuarat berkenaan diterajui Kementerian Kewangan (MOF).

Selepas itu ia diikuti Permukiman Menteri Luar ASEAN bermula 18 hingga 19 Januari dan Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga pada 21 hingga 23 Januari ini.

Malaysia secara rasminya mengambil alih Kepengerusian ASEAN bermula 1 Januari 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", yang mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN bersatu dan makmur.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI