fb fb fb fb fb

Langkah mansuh AP berjaya menstabilkan bekalan ayam - MAFI

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Langkah memansuhkan permit import (AP), membenarkan import dan larangan eskport ayam dilihat berkesan dan berjaya menstabilkan masalah bekalan ayam. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia antara beberapa langkah yang diambil pihak kementerian dalam menstabilkan bekalan termasuk membenarkan pihak swasta juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terlibat dalam industri bekalan ayam.


(Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

"Pada ketika ini, kita berhadapan dengan sedikit lambakan ayam... yang menjadikan harga ayam di pasaran sekarang lebih rendah dari harga ayam sekatan yang ditentukan oleh kerajaan.  Penglibatan NAFAS seperti yang disebutkan tadi merupakan antara langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menambah baik industri bekalan ayam di negara kita," katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan mengalakkan penglibatan pihak swasta dalam industri pengeluaran makanan termasuk bekalan ayam bagi mengurangkan kebergantungan import negara.

Langkah itu juga termaktub bawah Dasar Agromakanan Negara 2.0. Datuk Seri Dr. Ronald menjawab pertanyaan ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Untuk rekod, industri bekalan ayam negara yang telah wujud sejak 30 tahun lalu, ketika ini berada dalam keadaan stabil kerana mampu mengeluarkan 106% daripada keperluan 'Self Sufficiency Level" (SSL) ayam.

"Malaysia berada dalam kapasiti mampu untuk mengeksport ayam ke luar negara," jelasnya.

Media Baharu