fb fb fb fb fb

Langgar treler tepung, dua kelindan warga Bangladesh maut

FOTO JBPM PERAK

GOPENG, 5 April- Dua orang kelindan lori warga Bangladesh maut dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 307.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

Kemalangan membabitkan lori perabot yang dinaiki lelaki terbabit melanggar bahagian belakang sebuah treler muatan tepung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.55 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati pemandu serta dua kelindan lori tersebut tersepit di bahagian hadapan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori perabot terbabit mengalami cedera patah tangan, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat sekitar pukul 8.00 pagi.

 

0504 PRK KEMALANGAN KELINDAN INSHOT 2
FOTO JBPM PERAK

SITI AISHAH MD ISA