fb fb fb fb fb

Langgar syarat: PBT sudah batalkan 26,108 lesen perniagaan

Foto Hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 April-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh mana-mana perniagaan dan pemegang lesen dengan mengambil tindakan tegas termasuk sitaan, kompaun, penutupan premis dan pembatalan lesen. 

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata di bawah undang-undang kecil penjaja, PBT tidak mengiktiraf dan tidak membenarkan warga asing sebagai penjaja dan peniaga kecil.

Tambah Fuziah, PBT juga tidak membenarkan penggunaan warga asing sebagai pekerja atau pembantu di bawah lesen penjaja di premis PBT 

"Bagi tahun 2022 sehingga kini PBT telah melaksanakan sebanyak 2,031 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan telah melibatkan pembatalan lesen sebanyak 26,108 lesen peniaga atas sebab pelanggaran syarat lesen premis yang ditetapkan oleh PBT atau memindah milik lesen permit mereka kepada warga asing", kata Fuziah ketika menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Datuk Sri Ibrahim pada sesi pertanyaan Dewan Negara hari ini.

Jelas Senator Fuziah Salleh, kerajaan negeri harus turut memainkan peranan dengan mengetatkan syarat permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan PBT di negeri masing-masing bagi mengekang monopoli perniagaan oleh warga asing. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD