fb fb fb fb fb

Laman Malaysia MADANI perkukuh pemahaman rakyat terhadap prinsip MADANI

Laman Malaysia Madani di Taman Botani Presint 1 Putrajaya dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Usaha memperkukuh pemahaman rakyat terhadap gagasan Malaysia MADANI terus diperkasa dengan perasmian Laman Malaysia MADANI oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Taman Botani Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif itu menjadi medium interaktif bagi membolehkan pengunjung memahami dan menghayati prinsip MADANI secara lebih dekat dalam suasana santai dan terbuka.

Katanya, laman tersebut dibangunkan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai ruang landskap beridentiti nasional yang mencerminkan nilai ihsan, hormat, kemampanan dan perpaduan, selari aspirasi kerajaan membentuk masyarakat inklusif dan berdaya tahan.

1208 KSN LAMAN MALAYSIA MADANI 2Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar / Foto Bernama

“Laman Malaysia MADANI ini akan diperkenalkan di lokasi lain bagi memperluaskan jangkauan konsep MADANI kepada seluruh rakyat,” jelasnya.

Sebagai simbol kesinambungan dan kelestarian, majlis disusuli upacara penanaman pokok bersama pelajar Maktab Rendah Sains MARA Muar, membawa mesej bahawa pembangunan negara merangkumi aspek fizikal, dasar serta kesedaran generasi muda terhadap penjagaan alam dan nilai sejagat.

Antara pokok yang ditanam termasuk Ceri Terengganu (Lepisanthes alata) dan Mempat (Cratoxylum formosum) yang melambangkan pertumbuhan serta kemakmuran berterusan negara.

Dalam majlis sama, turut berlangsung pelancaran naskhah khas bertajuk "Shamsul Azri: 365 Hari Menjunjung Amanah" sebagai penghargaan terhadap perjalanan kepimpinan Tan Sri Shamsul yang berteraskan integriti, profesionalisme dan kesungguhan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Naskhah itu menjadi catatan peribadi dan sumber inspirasi kepada penjawat awam serta rakyat dalam mendukung agenda reformasi berasaskan prinsip Malaysia MADANI.

Majlis berkenaan dihadiri kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr. Fadlun Mak Ujud; dan Pengarah INTAN, Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN