KUCHING, 21 Januari- Laluan khas untuk pejalan kaki dan laluan berbasikal dari Jalan Sultan Tengah hingga ke Teluk Bandung, di Santubong, Kuching, Sarawak akan dibina kata Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.
"Penaiktarafan jalan sejauh 26 kilometer itu bagi memudahkan aktiviti riadah, pengguna basikal dan akan dilalui Autonomus Rapid Transit (ART).
"Projek terbabit dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026," katanya kepada media selepas majlis perasmian Kuching Car Free Day Morning di Tugu Pahlawan, di sini.
Kuching Car Free Day Morning diadakan minggu pertama dan ketiga setiap bulan merupakan edisi pertama dianjurkan bagi tahun ini.
Program itu juga dicadang akan diperluas dengan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan lain seperti Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).