fb fb fb fb fb

Laluan di Lebuhraya PLUS arah Selatan lancar setakat 10.00 pagi

Setakat 10.00 pagi tiada kesesakan luar biasa di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Plaza Tol Sungai Besi

KUALA LUMPUR, 7 April - Aliran trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Plaza Tol Sungai Besi setakat pukul 10.00 pagi ini.

Tinjauan RTM sejak pukul 9.30 pagi mendapati, meskipun jumlah kenderaan bergerak keluar dari Ibu Negara semakin bertambah, namun ia tidak menyebabkan kesesakan luar biasa.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.1 juta kenderaan sehari menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri.

PLUS juga turut menyediakan lebih 4,500 petugas dalam ekosistem lebuh raya kendaliannya sepanjang musim perayaan ini.

Selain itu, 70 kakitangan ditugaskan di Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC) PLUS sehari pada waktu puncak untuk memantau, mengumpul dan menyalur maklumat trafik terkini serta menyelaras bantuan kepada pengguna lebuh raya.

TETITIA YUSOFF