fb fb fb fb fb

Laluan berdekatan Jalan Amber Court & Ion Delemen boleh digunakan

Foto IPD Bentong

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Laluan berdekatan Jalan Amber Court dan Ion Delemen di Genting Highland sudah beroperasi dan boleh dilalui semua kenderaan selepas kerja pembersihan selesai pada pukul 2.00 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan berkenaan dilaporkan mengalami tanah runtuh pada awal pagi tadi

"Pihak polis mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan.

"Kerja-kerja pembersihan laluan telah dilakukan dan selesai pada pukul 2.00 petang dan laluan sudah boleh dilalui untuk semua kenderaan.

"Pihak berkuasa dan pihak keselamatan Genting Highlands akan terus memantau lokasi berkenaan," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan kejadian tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI