KUALA LUMPUR, 1 April - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra di Lebuhraya ELITE yang ditutup pagi tadi berikutan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Laluan berkenaan dibuka pada 1.51 tengah hari tadi.
“Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuh raya semasa tempoh penutupan laluan dijalankan,” menurut PLUS menerusi satu kenyataan.
Kebakaran saluran paip gas itu dilaporkan semakin reda setakat pukul 1.55 tengah hari.