fb fb fb fb fb

Lagu kebangsaan Malaysia, Kyrgyz berkumandang di Kediaman Negeri Ala Archa

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

BISHKEK, 15 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa, sempena lawatan sulungnya ke negara itu.

Ia menyaksikan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua negara, sebelum Perdana Menteri memeriksa perbarisan kawalan kehormat diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadry Zhaparov.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook bekata, beliau sempat memberikan penghormatan di tapak peringatan, Ata-Beyit Bishkek.

"Kesempatan ini saya gunakan bagi memeriksa perbarisan kawalan kehormat seraya diiringi Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov.

"Moga lawatan ini membawa pelbagai manfaat kepada kedua-dua negara kelak, Insya-Allah," katanya.

Sejurus itu, Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov serta mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Kyrgyzstan.

Kedua-dua pemimpin turut menandatangani kenyataan bersama-sama.

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Pengerusi Menteri Kabinet Akylbek Zhaparov. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI