fb fb fb fb fb

Ladang kelapa sawit di Ladang Lembah Merlimau terbakar

JASIN, 23 Oktober - Kira-kira 5.26 hektar daripada 20.23 hektar kawasan ladang tanaman kelapa sawit di Ladang Lembah Merlimau di sini, terbakar sejak semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata 4.86 hektar atau 90 peratus daripada kawasan ladang yang terbakar berjaya dipadamkan, hingga 10.30 pagi tadi.

"JBPM Melaka menerima panggilan pada 4.03 petang semalam sebelum dua jentera dan sebuah pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin bergegas ke lokasi kejadian.

"Sehingga pagi ini, operasi memadam kebakaran masih diteruskan dan 90 peratus daripada kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan," menurut kenyataan itu.

Dua jentera melibatkan kekuatan 12 anggota daripada dua BBP berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian, bagi memadamkan kebakaran dalam kawasan ladang kelapa sawit itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu